Pelanggan Astro boleh strim Disney Plus Hotstar bermula hari ini
Kenyataan Media
Jun 1, 2021 13:29 MYT
Jun 1, 2021 13:29 MYT
KUALA LUMPUR: Bermula hari ini, pelanggan Astro boleh mula strim lebih daripada 800 filem dan 18,000 episod termasuk filem pecah panggung dan siri-siri Marvel, kandungan kegemaran Disney, Disney+ Originals, filem-filem dan siri drama tempatan serta Asia yang terkenal, melalui aplikasi Disney+ Hotstar.
Jika anda pelanggan Astro, berikut adalah beberapa cara untuk menikmati ‘bundle’ nilai menarik yang membolehkan anda mengalami Disney+ Hotstar pada 1 Jun 2021:
- Pelanggan ‘Movies Pack’ akan menikmati akses ke aplikasi dan laman rasmi Disney+ Hotstar (DisneyPlusHotstar.my), sebagai sebahagian daripada ‘Movies Pack’ yang baharu,lebih besar dan menarik yang disediakan dengan tambahan RM5 bulanan. Selaku pengedar rasmi Disney+ Hotstar di Malaysia, Astro dapat memberikan tawaran terbaik untuk pelanggannya.
- Pelanggan lain juga boleh strim Disney+ Hotstar dengan ‘bundle’ berbaloi melalui ‘Starter Plus Pack’ pada harga RM68.82 sebulan atau ‘Value Plus Pack’ pada harga RM87.50 sebulan.
- Sebagai alternatif, para pelanggan boleh menambah langganan ke Disney+ Hotstar pada harga RM54.90 untuk tempoh 3 bulan ke dalam pakej sedia ada mereka.
- Daftar Astro ID: Untuk pelanggan yang belum mencipta Astro ID, mereka perlu berbuat demikianmelalui astro.com.my/astroID. Pengguna Astro GO boleh menggunakan ID mereka yang sedia ada.
- Aktifkan (bermula 1 Jun 2021): Pelanggan perlu layari astro.com.my/Disney, log masuk dengan Astro ID, masukkan nombor telefon bimbit untuk mengaktifkan kelayakan mereka.
- Strim (bermula 1 Jun 2021): Selepas berjaya mengaktifkan (Langkah 2), pelanggan perlu muat turun aplikasi Disney+ Hotstar dari Apple App Store atau Google Play Store dan log masuk menggunakan nombor telefon seperti di Langkah 2. Kemudian, mereka boleh mula strim kandungan filem dan program kegemaran di aplikasi Disney+ Hotstar. Untuk maklumat lanjut, layari astro.com.my/Disney