Pelancaran album lambat satu strategi - Hafiz

Astro Awani
Jun 14, 2013 14:31 MYT
Album kedua Hafiz Suip ataupun Hafiz "Awan Nano" juara Akademi Fantasia musim ke-7, “Luahan Hati Anak Seni” mengambil masa empat tahun sebelum dilancarkan merupakan satu strategi pemasaran.
Sewaktu penghasilan album tersebut, tiada sebarang kesukaran yang dilalui sebaliknya Hafiz mengambil langkah mempromosikan beberapa single sebelum ia dilancarkan.
Konsep album keduanya adalah seperti majalah, yang merupakan penceritaan oleh Hafiz, terutamanya lagu yang ditulis sendiri olehnya “Mungkinkah”.
Hafiz yang telah merangkul 14 anugerah dan baru melangsungkan konsert solo pertamanya turut merasakan perjalanan seninya masih jauh.
Klik video untuk laporan penuh Astro AWANI.
#Akademi Fantasia #album kedua #Awan Nano #hafiz
;