Pelakon Yo Soy Betty La Fea gemparkan peminat, bogel untuk majalah

Gempak
Oktober 4, 2017 13:21 MYT
Anna, 42 tahun, juga mengaku tidak kisah mendedahkan seluruh tubuhnya tanpa seurat benang untuk sesi fotografi bersama majalah SoHo itu. - Foto Instagram/Ana M Orozco

BARU-BARU ini pelakon telenovela Yo Soy Betty La Fea, Anna Maria Orozo menggemparkan para peminatnya apabila tampil bogel sebagai penghias majalah.

Anna, 42 tahun, juga mengaku tidak kisah mendedahkan seluruh tubuhnya tanpa seurat benang untuk sesi fotografi bersama majalah SoHo itu.

Kata ibu kepada dua orang anak itu lagi, dia juga selesa dengan bentuk tubuh badannya.
Tambah Anna lagi, dia tidak pernah ditawarkan untuk bergambar bogel sebelum ini dan apabila tawaran tersebut datang kepadanya, dia tidak menolak.
“Mengapa tidak? Saya gembira dengan foto-foto tersebut kerana hasilnya menakjubkan!”, katanya seperti yang dilaporkan portal Mirror.
Telenovela Yo Soy Betty La Fea pernah menjadi fenomena di Malaysia sekitar tahun 2002 yang mengisahkan tentang seorang gadis naif dan hodoh bertukar menjadi jelita.

Filem-filem Amerika Latin yang turut mendapat tempat di hati peminat tempatan ialah Maria Mercedes, La Usurpadora, Mis Tres Hermanas, Rosalinda dan banyak lagi.

Dalam pada itu Astro kini sedang menayangkan sebuah telenovela popular dari Filipina, berjudul

Dolce Amore yang dialih bahasakan ke Bahasa Melayu.
Dolce Amore bersiaran di Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135) pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, bermula pukul 7 malam - 8 malam.

#Anna Maria Orozo #bogel #majalah #SoHo #Yo Soy Betty La Fea
;