Pelakon veteran Britain, Alan Rickman, yang memainkan watak Profesor Snape dalam siri filem popular Harry Potter meninggal dunia pada usia 69 tahun, kata ejennya pada Khamis.

Menurut media tempatan, beliau meninggal dunia akibat kanser.

Kematiannya juga mengejutkan ramai pihak, termasuk editor-editor hiburan, peminat dan rakan-rakan industri hiburan.

Mendiang pernah memenangi anugerah Golden Globe, Emmy, dan Bafta.


Pelakon terkemuka berkenaan sering membawa watak antagonis termasuk sebagai watak Syerif Nottingham dalam filem Robin Hood: Prince of Thieves dan juga sebagai watak pengganas Hans Gruber dalam filem Die Hard.