Pelakon veteran Tamam Idris kritikal - Den Wahab
Syafique Shuib
Julai 6, 2016 23:02 MYT
Julai 6, 2016 23:02 MYT
Pelakon veteran, Tamam Idris kini berada dalam keadaan kritikal di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Menurut menantunya, Den Wahab, keadaan bapa mertuanya kini dipantau rapi di Unit Rawatan Jantung (CCU).
"Ayah tidak berapa sihat pada hari Nuzul Al-Quran (22 Jun), jadi doktor menyuruhnya diwadkan di PPUKM.
"Keadaan beliau semakin tenat sekarang dan doktor suruh kami hubungi adik-beradik yang lain untuk sebarang kemungkinan." katanya ketika dihubungi Astro AWANI, hari ini.
Tamam atau nama sebenarnya Bustamam Idris, 77, pernah dimasukkan ke PPUKM pada Mei lalu namun dibenarkan pulang selepas seminggu menerima rawatan di situ.