Pelakon veteran Sylvia Syms meninggal dunia

Astro Awani
Januari 28, 2023 08:50 MYT
Bintang teater dan layar perak selama enam dekad itu terkenal pada era 1950-an melalui filem "Ice Cold in Alex". - Foto AP
PELAKON veteran Britain, Sylvia Syms meninggal dunia di usia 89 tahun pada Jumaat.
Menurut kenyataan daripada anak mendiang, Beatie dan Ben Edney, Sylvia: "Ibu kami, Sylvia, meninggal dunia dengan aman pagi ini.
"Mendiang telah menjalani kehidupan yang menakjubkan dan memberikan kami kegembiraan dan tawa ria sehingga ke akhir hayatnya.
"Baru semalam kami mengenang kembali semua perjalanan hidup kami.
"Mendiang ibu akan sentiasa dirindui."
Punca kematian Sylvia bagaimanapun tidak dimaklumkan.
Sylvia dilahirkan di London pada 6 Januari 1934.
Bintang teater dan layar perak selama enam dekad itu terkenal pada era 1950-an melalui filem "Ice Cold in Alex".
Selain itu, Sylvia pernah dicalonkan untuk Anugerah Bafta untuk "Woman in a Dressing Gown" dan "No Trees in the Street".
Dia kemudian terlibat dalam rancangan TV seperti "Peak Practice" dan "EastEnders".
Pada tahun 1991, Sylvia memegang watak bekas perdana menteri dalam "Thatcher: The Final Days ITV" dan kemudiannya watak Ibu Permaisuri dalam "The Queen" bersama Helen Mirren pada tahun 2006.
#Sylvia Syms #Helen Mirren #pelakon veteran Britain #Ice Cold in Alex
;