Pelakon veteran, Osman Zailani meninggal dunia

Astro Awani
Julai 5, 2017 09:30 MYT
Allahyarham pernah mewarnai industri seni Singapura dan Malaysia menerusi drama dan filem, antaranya Sesejuk Air Mata Ibu dan Suratan Kasih. - Gambar fail
Pelakon veteran, Osman Zailani meninggal dunia semalam di Hospital Khoo Teck Puat di Singapura.
Menurut laporan, Allahyarham yang berusia 85 tahun itu, dimasukkan ke hospital dua hari sebelum Hari Raya Aidilfitri.
Berita sedih itu dikongsi cucu Allahyarham, penyanyi Hady Mirza menerusi laman Facebooknya.
Hady bagaimanapun tidak menyebut punca kematian datuknya.
Jenazahnya akan disemadi selepas solat Zohor hari ini di tanah perkuburan berhampiran kediamannya di Yishun.
Allahyarham pernah mewarnai industri seni Singapura dan Malaysia menerusi drama dan filem, antaranya Sesejuk Air Mata Ibu dan Suratan Kasih.
Pada 1970, Allahyarham memegang watak Ong Lee dalam siri tv Hollywood, Hawaii Five-O.
#hiburan #Osman Zailani #pelakon
;