Pelakon veteran Estelle Harris meninggal dunia pada usia 93 tahun

Astro Awani
April 4, 2022 01:37 MYT
Estelle Harris meninggal dunia pada Sabtu di Palm Desert, California, Amerika Syarikat akibat sakit tua. -AP
AKTRES veteran Hollywood yang popular dalam sitcom ikonik "Seinfeld", Estelle Harris meninggal dunia pada Sabtu di Palm Desert, California, Amerika Syarikat akibat sakit tua.
Portal berita Deadline melaporkan, pemergian pelakon itu hanya beberapa minggu sebelum ulang tahun kelahirannya ke-94.
“Dengan penuh kesedihan saya ingin memaklumkan, Estelle Harris telah meninggal dunia pada pukul 6.45 petang,” kata anaknya Glen Hariss yang sempat memangku ibunya semasa Estelle menghembuskan nafas terakhir.
“Kebaikan, semangat, kepekaan, humor, empati dan kasih sayangnya hampir tiada tandingannya, dan dia akan sangat dirindui oleh semua orang yang mengenalinya,” kata Glen lagi.

The best mom in the business. Rest in peace, Estelle Harris. pic.twitter.com/aOcYD8yLfc

— Seinfeld (@SeinfeldTV) April 3, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain "Seinfeld", Estelle banyak melibatkan diri dalam penghasilan siri televisyen terkenal, baik sebagai pelakon mahupun di belakang tabir.
Antara karya beliau ialah melalui "Futurama", "The Looney Tunes Show", "Curb Your Enthusiasm", "The Suite Life of Zack & Cody", "iCarly", "ER", "Mind of Mencia", "Phil of the Future", "Dave the Barbarian", "Kim Possible", "The Proud Family", "House of Mouse, dan "Sabrina the Teenage Witch".
Selain itu, generasi 80 dan 90an yang membesar dengan siri "Toy Story" mungkin tidak mengetahui bahawa Estelle merupakan suara di sebalik karakter Mrs Potato.
#Estelle Harris #Seinfeld #Mrs Potato #Hollywood