Pelakon veteran Aziz Singah meninggal dunia

Astro Awani
Julai 1, 2016 16:39 MYT
Antara drama dan filem yang pernah dibintangi Allahyarham ialah PJ Holding, Sembilu Kasih, Sate, Maria Mariana, Impian, dan Kemarau Cinta.
Pelakon veteran Datuk Abdul Aziz Singah, 75, meninggal dunia akibat kanser jam 11.30 malam tadi di kediamannya di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, dekat sini.
Perkara ini disahkan anak keduanya Ruzaimei Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Bob Singah.
Allahyarham akan dikebumikan sebelum solat Zohor pada Sabtu di Tanah Perkuburan Kampung Bongek, Rembau, Negeri Sembilan.
Antara drama dan filem yang pernah dibintangi Allahyarham ialah PJ Holding, Sembilu Kasih, Sate, Maria Mariana, Impian, Kemarau Cinta.
#Abdul Aziz Singah #Bob Singah #Ruzaimei Abdul Aziz #Tanah Perkuburan Kampung Bongek