Pelakon terkenal Jepun Haruma Miura meninggal dunia selepas ditemui tergantung
Asyraf Roslan
Julai 18, 2020 16:59 MYT
Julai 18, 2020 16:59 MYT
PELAKON terkenal Jepun, Haruma Miura dilaporkan meninggal dunia pada usia 30 tahun.
Menurut media antarabangsa, pelakon yang popular dengan filem Last Cinderella itu mati kerana telah membunuh diri.
Pihak polis Tokyo telah menjumpai mayat mendiang di rumahnya dalam keadaan tergantung pada Sabtu sekitar jam 1 petang waktu tempatan.
Miura telah dihantar ke hospital namun malangnya dia gagal diselamatkan.
Miura pernah tampil dalam drama televisyen seperti "Bloody Monday," "Last Cinderella," dan "Gokusen", serta filem termasuk "Koizora," "Eien no Zero," dan "Attack on Titan."
Kejadian itu terbongkar kerana Miura dijadualkan untuk berjumpa dengan seseorang untuk urusan kerja namun tidak muncul.
Rata-rata peminat Miura terkejut dengan berita pemergian pelakon tersebut.
Jika anda menjengah ke laman sosial, Twitter khususnya kata kunci Haruma Miura kini trending kerana pemergian pelakon tersebut
#bunuh diri
#Haruma Miura
#Hospital
#Jepun
#Media
#meninggal dunia
#pelakon
#pelakon Jepun meninggal dunia
#polis
#Tokyo