Pelakon siri Elite di Netflix, Julian Ortega meninggal dunia akibat serangan jantung
Syafik Shukri Jalil
September 2, 2024 19:25 MYT
September 2, 2024 19:25 MYT
KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal kelahiran Sepanyol, Julian Ortega meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung ketika bercuti di Pantai Zahora di Barbate, Sepanyol pada 25 Ogos lalu.
Ringkasan AI
- Julian Ortega meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung ketika bercuti di Pantai Zahora di Barbate, Sepanyol pada 25 Ogos lalu.
- Kematian Ortega diumumkan The Spanish Union of Actors and Actresses.
- Pasukan paramedik dikejarkan ke lokasi namun selepas beberapa percubaan menyelamatkannya, Ortega diumumkan meninggal dunia.
Kematian Ortega yang membintangi drama bersiri Sepanyol terkenal yang ditayangkan di Netflix itu diumumkan The Spanish Union of Actors and Actresses.
Semasa kejadian, pasukan paramedik dikejarkan ke lokasi namun selepas beberapa percubaan menyelamatkannya, Ortega diumumkan meninggal dunia.
Ortega yang meninggal dunia di usia 41 tahun itu merupakan anak kepada bintang lagenda Sepanyol, Gloria Munoz.
Menurut kenyataan dikeluarkan The Spanish Union of Actors and Actresses, pemegang watak pengurus restoran La Cabana itu pernah menghadiri sekolah khusus untuk drama dan seni persembahan di Madrid.
Dia kemudiannya memulakan langkahnya sebagai pelakon dan pernah muncul dalam beberapa filem berbahasa Sepanyol antaranya El Otro Barrio pada tahun 2000.
Selain itu, Ortega juga pernah membintangi filem fantasi seram La Raiz Del Mal (2008), En Tu Puta Cara (2016) dan Elite (2018).
Penampilan terbaharunya adalah menerusi drama bersiri El Pueblo dan 4 Estrellas.
Punca kematian Ortega bagaimanapun masih belum diumumkan secara rasmi.