Pelakon 'The Red Kebaya', Ramli Hassan meninggal dunia
Azyyati Ahmad
Mei 7, 2015 14:25 MYT
Mei 7, 2015 14:25 MYT
Pelakon yang pernah memegang watak utama dalam filem The Red Kebaya, Ramli Hassan meninggal dunia hari ini,dilaporkan akibat komplikasi kanser yang dialaminya.
Menurut laporan portal Daily Seni, pelakon yang turut pernah membintangi filem Anna and The King dan Histeria ini menghembuskan nafas terakhir di Sydney, Australia.
Ramli turut menjayakan filem epik, Anna and The King dengan memegang watak King Chulalongkorn disamping pelakon Hollywood Jodie Foster dan aktor Hong Kong, Chow Yun-Fatt.
Ramli membuat kemunculan terakhir di dalam filem Nota arahan Yasu Tanaka di samping pelakon Maya Karin dan Hans Isaac yang dijangka ditayangkan pada suku ketiga tahun ini.
Pemergian Ramli turut dirasai rakan-rakan seperjuangannya yang lain.
Dilihat beberapa rakan seperti Maya, Beto Kusyairy, Hans serta peminat memuatnaik rasa sedih dan takziah mereka di atas berita ini.