Pelakon Puteri Gunung Ledang dan Hanyut, Alex Komang meninggal dunia
Astro Awani
Februari 13, 2015 22:03 MYT
Februari 13, 2015 22:03 MYT
Pelakon terkenal Indonesia Alex Komang dilaporkan meninggal dunia di Semarang, Indonesia pada Jumaat.
Anak saudaranya Izar Fauzi mengesahkan berita sedih itu di Rumah Sakit Umum Pusat, Kariadi Semarang, Indonesia, lapor Bisnis.com.
Menurut pihak keluarga, Alex Komang mengidap penyakit Hepatitis B, lapor detikHot.
Direktur Umum dan Operasional RSUP Dr Darwito berkata Alex sebelum ini menderita penyakit perut yang kronik dan menjalani rawatan sejak Disember 2014, lapor CNN Indonesia.
Alex sebelum ini pernah membintangi dalam filem Puteri Gunung Ledang arahan Saw Teong Hin dengan memegang watak Gusti Adipati Handaya Ningrat dan juga filem arahan U-Wei Haji Shaari, Hanyut.
Pengarah terkenal Indonesia, Joko Anwar turut mengumumkan berita kematian pelakon itu menerusi akaun Twitternya.
Antara filem yang pernah dibintanginya, Laskar Pelangi (2008), dan Rome Juliet (2009).