Pelakon Olympia Dukakis meninggal dunia
Astro Awani
Mei 1, 2021 06:13 MYT
Mei 1, 2021 06:13 MYT
PELAKON Hollywood Olympia Dukakis dilapor meninggal dunia pada usia 89 tahun.
Adik lelakinya Apollo Dukakis memaklumkan mendiang pergi dengan tenang setelah menderita sakit.
"Kakak kesayangan saya, Olympia Dukakis, meninggal dunia pagi ini di New York City.
"Setelah berbulan-bulan kesihatannya merosot, mendiang akhirnya pergi dengan tenang dan kini bersama (suaminya) Louis."
Kerjaya Dukakis bermula dan mulai terkenal di pementasan teater, baik sebagai pelakon dan juga pengarah.
Pada usia 50-an, mendiang membintangi siri komedi hit, termasuk sebagai ibu pelakon terkenal Cher dalam "Moonstruck" selain dalam filem "Steel Magnolias", "Working Girl" dan "Look Who's Talking".
Mendiang pernah memenangi Oscar untuk peranannya dalam filem komedi romantis 1987 "Moonstruck".
Antara penampilan yang terakhir adalah dalam filem "Mr Holland's Opus" dan dalam siri TV "Tales of the City".
#Olympia Dukakis
#pelakon hollywood
#pemenang Oscar
#Moonstruck
#Cher
#Steel Magnolias
#Working Girl
#Look Who's Talking