Pelakon Nazim Othman beri pendedahan eksklusif tentang penyakit di HLive!
Gempak
Mac 22, 2015 17:38 MYT
Mac 22, 2015 17:38 MYT
Setelah memuat naik gambar parut pembedahan di kepalanya ke akaun Instagram pada enam hari lalu, Nazim Othman akhirnya tampil buat pertama kali membuat penjelasan mengenainya.
Pendedahan eksklusifnya itu dilakukan bersama Datuk Aznil Hj Nawawi dalam program HLive! Apa Kata Malaysia yang bakal bertemu penonton pada Isnin ini.
Dalam temu bual itu, Nazim memberi penjelasan di atas tindakannya untuk berahsia terhadap penyakit yang dihidapinya.
“Situasi saya (kali ini) rumit kerana pembedahan ini melibatkan anggota badan yang penting dan serius. Ada kemungkinan saya hilang deria atau kemungkinan lain yang lebih besar.
“Bila saya muat naik gambar di Instagram, orang lain tidak tahu yang sebenarnya saya sudahpun menjalani pembedahan,” tambah Nazim yang tampil dengan beanie (aksesori kepala) yang menutup parut kepalanya.
Dalam temu bual bersama HLive nanti, Nazim akan memberi penjelasan di atas tindakannya untuk berahsia terhadap penyakit yang dihidapinya. - Foto Instagram Nazim Othman
Difahamkan, Nazim juga bertambah berat badan sebanyak 5 kilogram kerana kesan ubat-ubatan.
Turut dikongsikan bersama HLive! Apa Kata Malaysia nanti adalah saat getir yang dihadapinya sebelum pembedahan dan impak pembedahan tersebut kepada seluruh kehidupannya.
Untuk informasi yang lebih terperinci, saksikan temubual eksklusif ini dalam HLive! Apa Kata Malaysia yang akan disiarkan pada hari Isnin ini, 23 Mac 2015 jam 9.30 malam di saluran Astro RIA (104) dan Astro Maya HD (135). -- Astro Gempak