Pelakon, model wanita lacurkan diri ditahan?
Sinar Harian
Januari 7, 2019 08:48 MYT
Januari 7, 2019 08:48 MYT
Dua selebriti Indonesia ditahan kerana disyaki terlibat dengan pelacuran secara atas talian.
Mereka adalah pelakon, Vanessa Angel dan seorang lagi adalah model dikenali sebagai Avriellia Shaqqila.
Media tempatan melaporkan penahanan kedua-dua mereka dibuat di bilik berasingan di sebuah hotel Surabaya.
Ketua Polis Jawa Timur, Arman Asmara berkata, siasatan menerusi media sosial mendapati Avriellia mengenakan bayaran 25 juta rupiah (RM7,243) manakala bayaran dikenakan Vanessa pula 80 juta rupiah (RM23,178).
Selain duo tersebut, pihak berkuasa turut memberkas empat saksi dan tiga suspek lain.
Awal Sabtu lalu, pelakon berusia 27 tahun itu telah mengemaskini aplikasi Instagram Story tentang kehadirannya di Surabaya atas urusan kerja.
Pengurusnya, Lidya berkata, dia tidak tahu pelakon tersebut terlibat dengan pelacuran atas talian.
Vanessa turut memohon maaf dan menyedari 'kesilapannya' dan akan mengikut prosedur siasatan tersebut.
Menurut TribunNews, pihak berkuasa dimaklumkan tentang kes itu oleh orang ramai. - CNA