Pelakon legenda Dilip Kumar meninggal dunia
Astro Awani
Julai 7, 2021 11:10 MYT
Julai 7, 2021 11:10 MYT
PELAKON legenda Dilip Kumar meninggal dunia pagi ini setelah sekian lama menderita sakit.
Mendiang berusia 98 tahun.
Dilip Kumar yang terkenal dengan jolokan 'raja tragedi' telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Hinduja sejak Selasa.
Kematian Dilip diumumkan rakan keluarga, Faisal Faisalqui di akaun Twitter pelakon itu.
"Dengan hati yang berat dan kesedihan yang amat mendalam, saya mengumumkan pemergian Dilip yang kami sayangi, beberapa minit yang lalu.
"Dari Tuhan kita datang dan kepada-Nya kita kembali."
Pemergian Dilip disahkan doktor yang merawat mendiang.
"Mendiang meninggal dunia kerana sakit berpanjangan pada jam 7.30 pagi," kata Dr Jalil Parkar.
Pelakon "Mughal-e-Azam" itu sering keluar masuk hospital dalam sebulan terakhir ini.
Punca kematian Dilip walau bagaimanapun tidak diumumkan.
#Dilip Kumar
#meninggal dunia
#raja tragedi
#unit rawatan rapi
#Jalil Parkar
#Faisal Faisalqui
#ICU
#Hospital Hinduja