Pelakon Izara Aishah sarat hamil, bakal lahir anak kedua bulan depan

Gempak
September 7, 2023 12:30 MYT
Berita gembira itu dikongsi Izara dalam satu hantaran di akaun Instagram miliknya. -Gempak/Instagram
DALAM diam, pelakon Izara Aishah kini sarat hamil dan memberitahu dia bakal melahirkan anak keduanya pada bulan hadapan.
Berita gembira itu dikongsi menantu penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza itu dalam satu hantaran di akaun Instagram miliknya.
“Di sini saya umumkan, tarikh bersalin pada bulan hadapan,” katanya.
Izara atau nama sebenarnya Nik Izara Aishah Nik Izazurin memuat naik fotonya memakai dress dan kemeja oversized sebagai outer jelas memperlihatkan baby bump.
Foto itu diambil ketika dia bersama suami, Adib Khalid, menghadiri majlis anjuran Rolls Royce Spectre Malaysia.
Pun begitu, ruangan komen kemas kini berkenaan ditutup dan hanya menerima tanda suka atau likes lebih 67,000.
Terdahulu, warganet menerusi penstriman langsung di TikTok berteka-teki tentang kehamilannya.
Izara dan Adib mendirikan rumah tangga pada 17 November 2017 selepas tiga tahun menyulam cinta.
Pemenang tempat kedua Dewi Remaja 2009/2010 itu kini memiliki seorang cahaya mata perempuan, Irisa Alaia yang berusia tiga tahun. -Gempak
#Izara Aishah #Siti Nurhaliza #anak kedua #bersalin bulan depan
;