Pelakon Hollywood Luke Perry diserang angin ahmar

Agensi
Mac 1, 2019 12:30 MYT
Luke Perry dikejarkan ke hospital selepas pasukan perubatan mendapat panggilan kecemasan dari kediamannya di Los Angeles, Amerika Syarikat. - Gambar fail
BINTANG drama bersiri Hollywood, Beverly Hills 90210, Luke Perry kini dirawat di hospital selepas terkena serangan angin ahmar pada Khamis.
Menurut laporan media antarabangsa, Perry, 52, dikejarkan ke hospital selepas pasukan perubatan mendapat panggilan kecemasan dari kediamannya di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Perry mendapat serangan stroke pada hari yang sama Fox mengumumkan tayangan drama bersiri 'remake' Beverly Hills 90210.
Bagaimanapun, untuk drama 'remake'itu tidak melibatkan penglibatan Perry dan pelakon Shannen Doherty.
Namun begitu, penerbit drama tersebut sedia membuka pintu untuk kedua-dua mereka bergabung.
Pelakon-pelakon asal Beverly Hills, 90210 seperti Jason Priestley, Jennie Garth, Ian Ziering, Gabrielle Carteris, Brian Austin Green dan Tory Spelling kembali berlakon dalam versi baharu.
Drama Beverly Hills, 90210 ditayangkan pada 1990 dan menjadi fenomena selama 10 tahun ketika ditayangkan.
#Beverly Hills 90210 #Hollywood #Luke Perry #Luke Perry diserang angin ahmar
;