Pelakon 'Crouching Tiger, Hidden Dragon' Cheng Pei-pei meninggal dunia

Astro Awani
Julai 19, 2024 12:00 MYT
Cheng, yang digelar 'Queen of Swords', merupakan antara pelakon wanita pertama untuk mencipta nama dalam filem aksi. - Foto X/Hong Kong Film Net
PELAKON China, Cheng Pei-pei yang terkenal dalam filem Ang Lee 'Crouching Tiger, Hidden Dragon' dilapor meninggal dunia pada usia 78 tahun.
Berita pemergiannya disahkan keluarga mendiang dalam catatan di Facebook pada Rabu lalu.
Dalam catatan itu juga, keluarganya berkata Cheng meninggal dunia akibat sindrom Parkinson (CBD) yang dihadapinya sejak tahun 2019.
"Ibu kami meninggal dunia di rumah dikelilingi keluarganya.
"Dia memilih untuk tidak mendedahkan penyakitnya kepada orang ramai kerana ingin menghadapinya secara peribadi dan menghabiskan masa sebaik mungkin bersama anak-anak dan cucu-cucu," tulis keluarganya.
Cheng, yang digelar 'Queen of Swords', merupakan antara pelakon wanita pertama untuk mencipta nama dalam filem aksi.
Mendiang pertama kali dikenali ramai menerusi filem klasik Shaw Brothers 'Come Drink With Me'.
Cheng turut memegang watak jahat sebagai Jade Fox dalam filem arahan Ang Lee 'Crouching Tiger, Hidden Dragon'.
#Cheng Pei-pei #meninggal dunia #Crouching Tiger Hidden Dragon #sindrom Parkinson
;