Pelakon cilik Mia Sara alami bengkak buah pinggang
Sinar Harian
Ogos 8, 2018 18:04 MYT
Ogos 8, 2018 18:04 MYT
PELAKON cilik Mia Sara, 12, kini masih lagi ditahan di hospital setelah mengalami jangkitan kuman pada air kencing sehingga membuatkan buah pinggangnya membengkak.
Menurut ayahnya, Muhammad Ridhuan, Mia pada mulanya mengadu sakit ketika hendak membuang air kecil. Setelah dirujuk pada doktor, terdapat jangkitan kuman pada air kencingnya.
“Bila 24 jam tak kencing menyebabkan buah pinggangnya membengkak. Jadi terus Mia dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.
“Setakat ini Mia sudah tiga hari di hospital. Rawatan yang diberikan ketika ini, drip air dan antibiotik. Alhamdulilah dah boleh buang air kecil namun masih sakit.
“Alhamdulillah keadaanya beransur pulih. Terima kasih kepada doktor, jururawat, dan semua yang datang melawat dan peminat yang mendoakan,” kata ayah Mia.
Bercerita mengenai perkembangan seni anaknya itu, Ridhuan berkata, Mia sekarang tidak terlibat dengan mana-mana projek lakonan cuma banyak dengan projek-projek media sosial selain menghadiri majlis-majlis hiburan.