Pelakon 'Casper, Christina Ricci sah bertunang

Astro Awani
Februari 3, 2013 22:53 MYT
Selepas beberapa bulan dilihat memakai cincin berlian, pelakon 'Casper' Christina Ricci akhirnya disahkan bertunang.
Aktres itu bertunang dengan kekasihnya, James Heerdegen yang melamar beliau di lokasi penggambaran siri "Pan Am".
Selain mengesahkan berita itu. Ricci juga mengaku mereka sudah bertunang beberapa bulan lalu.
Pasangan itu bertemu di set produksi "Pan Am", di mana Heerdegen bertugas sebagai tenaga kerja dan mereka mula bercinta sejak tahun lalu.
Ini akan menjadi perkahwinan pertama buat Ricci yang pernah bertunang dengan Owen Benjamin sebelum berpisah pada Jun 2009.
Ricci, 32 tahun terkenal sebagai pelakon kanak-kanak ketika membintangi "The Adam’s Family" dan "Casper".
Manakala Heerdegen pernah bekerja dalam lebih 40 drama termasuk filem "Sex and the City 2".
#Christina Ricci #James Heerdegan