Pelakon Captain America didakwa bunuh ibu sendiri

Astro Awani
Januari 3, 2020 18:49 MYT
Fitzgerald kini ditahan di penjara dengan bon jaminan AS$500,000 (RM2.04 juta) dan akan dibicarakan pada minggu hadapan.
PELAKON wanita yang punyai peranan kecil dalam filem pecah panggung Captain America: The First Avenger, Mollie Fitzgerald hari ini didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh ibu kandungnya sendiri.
Fitzgerald yang ditahan Selasa lalu didakwa membunuh tanpa niat ibunya, Patricia, 68, di kediaman mereka di Kansas, Amerika Syarikat pada 20 Disember lalu.
Lapor media antarabangsa, pihak berkuasa mendapat laporan mengenai satu ancaman bersenjata di lokasi terbabit sebelum menemui mayat Patricia dengan kesan luka tikaman.
Fitzgerald kini ditahan di penjara dengan bon jaminan AS$500,000 (RM2.04 juta) dan akan dibicarakan pada minggu hadapan.
Pelakon wanita itu membawa watak Stark Girl dalam filem yang disiarkan pada tahun 2011 itu.
Malah, Fitzgerald juga pernah menerbit dan mengarahkan filem The Creeps dan The Lawful Truth. - Sumber: CNN
#Amerika Syarikat #bunuh #bunuh ibu #Captain America #mahkamah #Mollie Fitzgerald #penjara #The First Avenge
;