Kejadian tersebut berlaku ketika Govinda sedang memeriksa pistol berkenaan sebelum berangkat ke Kolkata pada awal pagi Selasa.
Semasa sedang menyimpan senjata tersebut, pistol tersebut terlepas dari tangannya sehingga menyebabkan berlaku tembakan dan terkena kakinya.
Kejadian tersebut disahkan oleh pegurusnya, Shashi Sinha.
Menurut Shashi, Govinda dalam keadaan stabil dan peluru itu sudah berjaya dikeluarkan.
“Kami sepatutnya terbang ke Kolkata pada enam pagi bagi untuk menghadiri satu majlis di Kolkata, dan perkara tersebut berlaku semasa Govinda sedan bersiap di rumahnya.
"Beliau sedang menyimpan pistol berlesen dalam kotak namun pistol itu terlepas daripada tangannya dan menyebabkan berlaku tembakan sehingga terkena kaki.
“Doktor telah mengeluarkan peluru tersebut, dan keadaannya kini baik. Beliau masih berada di hospital untuk rawatan lanjut," Ujar Shashi.
Pegawai polis Mumbai turut mengesahkan bahawa Govinda berada dalam keadaan stabil dan kecederaan yang dialaminya tidak serius.
Namun, beliau dibawa ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga, menurut laporan daripada agensi berita ANI.
Kejadian ini dianggap sebagai satu kemalangan yang tidak disengajakan, dan tidak menjejaskan aktiviti seninya. -- Gempak