Semuanya bermula dengan jemputan keatas pelakon Hollywood Ben Affleck untuk mempromosikan filem terbarunya Gone Girl yang bertukar menjadi perbahasan hangat mengenai Islam.
Ia gara-gara kenyataan seorang tetamu rancangan yang dihoskan oleh Bill Maher, Sam Harris yang tiba-tiba mengkritik Islam dengan merujuk kepada cara Islam melayan kaum wanita, golongan homoseksual dan mereka yang tiada agama yang beliau sifatkan telah sebagai tidak dapat diterima akal.
Affleck yang jelas kelihatan hilang sabar dan marah terhadap Harris yang juga seorang penulis pantas menangkis tanggapan itu.
"(Pandangan) anda menjijikan, ia (bersifat) perkauman,
“Ia seperti berkata, ‘Oh, anda seorang Yahudi penipu,’” kata pelakon itu lagi.
Reaksi Affleck itu dibalas dengan dengan beberapa lagi ungkapan menghina Islam oleh Harris dan ditambah lagi dengan kenyataan 'nasi tambah' pengacara rancangan Bill Maher yang cuba menyamakan Islam dengan kumpulan samseng Mafia sambil disulami dengan perkataan-perkataan mencarut.
Mungkin tidak tahan dengan sikap angkuh kedua-dua mereka, Affleck melontar persoalan “Apa penyelesaiannya? Hanya salahkan (agama) Islam?” soal Affleck.
“Kita membunuh lebih ramai orang Islam daripada mereka (umat Islam) membunuh kita, dengan jumlah yang cukup banyak. Kita telah menceroboh lebih banyak negara Islam daripada mereka menceroboh kita, cukup banyak. Tetapi kita masih dikecualikan daripada perkara ini kerana mereka tidak menggambarkan apa yang kita percaya. (Dengan nada sinis) Kita lakukan secara tidak sengaja, kerana itu kita menceroboh Iraq.”
Dua lagi anggota panel rancangan itu dari anggota Parti Republikan Michael Steele dan wartawan Nicholas Kristof pada sepanjang masa tidak campur tangan.
Namun Kristof ada ketikanya menyokong Affleck dengan mempersoalkan pandangan Harris yang beliau sifatkan sebagai tidak sepatutnya.
Astro Awani
Sun Oct 05 2014
![Pelakon Ben Affleck pertahan Islam, bidas sifat perkauman Pelakon Ben Affleck pertahan Islam, bidas sifat perkauman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-10/61412481413_295x200.jpg)
Affleck yang jelas kelihatan hilang sabar dan marah terhadap Harris pantas menangkis tanggapan itu - Foto YouTube
Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang
Menurut, Pensyarah Kanan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya, Dr. Safiah Omar hutang boleh menjadi alat untuk memperoleh dana yang diperlukan tetapi pergantungan yang berlebihan boleh membawa kepada masalah kewangan jangka panjang, termasuk beban hutang yang tinggi serta mendorong kepada ketidakstabilan ekonomi
![Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704603925_TBMAYBANK.jpg)
Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang
Langkah ini dilakukan dalam usaha mengekang penipuan perbankan dalam talian, serta mencegah penipuan yang cuba meningkatkan had pemindahan transaksi.
![Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721188868_HBREAKHUTANG.jpg)
Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar
Negara-negara yang mempunyai hutang yang tinggi sering menghadapi kesukaran untuk membayar semula hutang.
Prabayar Siswa: KPT sambut baik pengumuman pakej rahmah
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyambut baik pengumuman Kementerian Komunikasi yang menawarkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa pada harga tidak melebihi RM30 dengan permulaan data minimum sebanyak 30GB untuk tempoh sah laku selama 180 hari.
![George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712139037_Beca.jpg)
George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong
George Town telah dikenali seluruh rakyat Malaysia dan dunia sekian lama, justeru tiada keperluan untuk menukar nama ibu negeri Pulau Pinang itu.
Generatif AI berpotensi besar dalam sektor kewangan negara - Pakar
Generatif AI meningkatkan kecekapan dan keselamatan sektor kewangan Malaysia melalui analisis data yang cepat dan pengesanan penipuan. Namun, menurut pakar, pelaburan dalam teknologi dan keselamatan siber adalah kunci untuk kejayaan ini.
Aerotrain KLIA beroperasi semula awal tahun depan
Kementerian Pengangkutan berkata, langkah itu selaras dengan pelan penggantian Aerotrain di Terminal 1, KLIA yang dijadual siap sepenuhnya pada 31 Januari 2025.
Pemberian insentif, anak pokok Musang King perkukuh penanaman durian
Pemberian insentif kepada petani bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran buah-buahan tempatan bagi tujuan eksport dan mengurangkan kebergantungan import buah-buahan.
KKM ingatkan APHM tumpu kepada pay for outcome
Pemilik dan pemain industri kesihatan swasta khususnya Persatuan Hospital Swasta (APHM) mengambil kira menyediakan perkhidmatan untuk menampakkan hasil dan bukan menyediakan perkhidmatan tertumpu kepada kemudahan semata.
Penubuhan National Health Fund bertujuan kumpul sumber pembiayaan dirancang -KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan penubuhan dana kesihatan negara dengan izin National Health Fund yang diuruskan secara telus, efisien dan berintegriti sedang dipertimbangkan untuk mengumpul pelbagai sumber pembiayaan yang dirancang.
![Treler penuh 'The Flash' bikin ramai tidak sabar, tayangan di seluruh dunia bermula 16 Jun depan Treler penuh 'The Flash' bikin ramai tidak sabar, tayangan di seluruh dunia bermula 16 Jun depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71676267199_TBtheflash.jpg)
Treler penuh 'The Flash' bikin ramai tidak sabar, tayangan di seluruh dunia bermula 16 Jun depan
Selepas pelancaran treler pertama dua tahun lalu, penerbit Warner Bros. Pictures akhirnya menayangkan treler penuh filem adiwira 'The Flash di laman Youtube Comicbook, hari ini.
![JLo, Ben Affleck berkahwin sekali lagi JLo, Ben Affleck berkahwin sekali lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41661131672_TBJlo.jpg)
JLo, Ben Affleck berkahwin sekali lagi
Majlis perkahwinan kali ini berlangsung di kediaman Affleck dan dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja.
![JLo kini sah menjadi isteri Ben Affleck JLo kini sah menjadi isteri Ben Affleck](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41658118725_JLOBen.jpg)
JLo kini sah menjadi isteri Ben Affleck
Cinta yang pernah terjalin 20 tahun lalu kini direalisasikan mereka dalam perkahwinan.
![Jennifer Lopez dan Ben Affleck umum bertunang sekali lagi! Jennifer Lopez dan Ben Affleck umum bertunang sekali lagi!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51649483110_TBJlo.jpg)
Jennifer Lopez dan Ben Affleck umum bertunang sekali lagi!
Bennifer bertemu buat pertama kali menerusi penggambaran filem Gigli pada 2001.
![Zack Snyder's Justice League lebih epik, tidak seperti yang anda bayangkan Zack Snyder's Justice League lebih epik, tidak seperti yang anda bayangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/41613359072_ZackSnyder.jpg)
Zack Snyder's Justice League lebih epik, tidak seperti yang anda bayangkan
Zack Snyder's Justice League akan mula ditayangkan di 18 Mac 2021 secara penstriman di HBO Max.
![Bintang Twilight, Robert Pattinson bakal pegang watak Batman Bintang Twilight, Robert Pattinson bakal pegang watak Batman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/71558063320_robert.jpg)
Bintang Twilight, Robert Pattinson bakal pegang watak Batman
Pelakon filem yang popular dengan filem sekuel Twilight, Robert Pattinson dikhabarkan bakal memegang watak Batman.
![Actor Casey Affleck withdraws as 2018 Oscar presenter Actor Casey Affleck withdraws as 2018 Oscar presenter](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/61483926584_CaseyAffleck.jpg)
Actor Casey Affleck withdraws as 2018 Oscar presenter
Affleck, 42, was expected to present this year's best actress award in keeping with Academy of Motion Picture Arts and Sciences tradition.
![Ben Affleck, Jennifer Garner failkan penceraian Ben Affleck, Jennifer Garner failkan penceraian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/61492176389_BenJennifer.jpg)
Ben Affleck, Jennifer Garner failkan penceraian
Pasangan itu memfailkan penceraian mereka di Mahkamah Tinggi Los Angeles pada Khamis atas sebab tiada persefahaman.
![Justice League lancar trailer pertama, peminat tanya di mana Superman? Justice League lancar trailer pertama, peminat tanya di mana Superman?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/81490499097_JusticeLeague.jpg)
Justice League lancar trailer pertama, peminat tanya di mana Superman?
Filem terbitan DC itu bakal ditayangkan di pawagam pada 17 November ini.
![Wajah sedih Ben Affleck apabila filem 'Batman vs Superman' dikritik Wajah sedih Ben Affleck apabila filem 'Batman vs Superman' dikritik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/71458987458_BenAffleck.jpg)
Wajah sedih Ben Affleck apabila filem 'Batman vs Superman' dikritik
Hashtag #sadfleck trending apabila Ben Affleck menunjukkan memek muka sedih apabila ditanya tentang kritikan yang diterima filem 'Batman vs Superman'.