Pelakon era 80-an, Mohd Azmil Mustapha yang terkenal dengan filem "Ali Setan" berada dalam keadaan stabil walaupun tidak sedarkan diri di Unit Jagaan Koronari Hospital Putrajaya, kata adik bongsunya Mohd Aziph Mustapha.
Mohd Aziph berkata beliau dimaklumkan oleh doktor yang merawat abang sulungnya bahawa keadaan abangnya masih tidak ada perubahan sejak doktor memberikan ubat supaya "tidur" selepas mengalami sesak nafas dan jantungnya sangat lemah pada pukul 4 petang semalam.
"Doktor memberikan ubat supaya abang saya tidur kerana jantungnya begitu lemah. Pada masa ini abang saya menggunakan alat bantuan pernafasan.
"Doktor turut memaklumkan bahawa abang saya dalam keadaan belum bersedia untuk mengurangkan ubat dan berhenti menggunakan bantuan alat pernafasan," katanya ketika ditemui di lobi Hospital Putrajaya di sini hari ini.
Mohd Aziph berkata Mohd Azmil, 62, yang menjalani pembedahan pintasan jantung pada 2010 di Syria sering menjalani pemeriksaan berkala di Hospital Putrajaya.
"Pagi semalam ketika abang saya dimasukkan ke wad, beliau berada dalam keadaan baik malah sempat bergurau dengan saya dan anak-anaknya. Melihatkan keadaan abang yang biasa sahaja ketika itu, saya berlepas ke Langkawi atas urusan kerja.
"Bagaimanapun, pada kira-kira pukul 4 petang, abang mengadu sesak nafas sehingga pihak hospital terpaksa menghubungi saya memaklumkan bahawa abang saya akan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. Saya tiba dari Langkawi lewat malam tadi," katanya.
Mohd Aziph menambah anggota keluarga yang melawat abang sulungnya tidak dibenarkan berada berhampiran dengan katil beliau dan hanya meninjau keadaan beliau menerusi tingkap kaca.
Beliau turut berterima kasih kepada para peminat yang tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat dan mendoakan kesihatan abangnya.
"Saya berharap semua pihak akan terus mendoakan kesihatan abang," katanya sambil menambah Mohd Azmil merupakan anak sulung dalam tujuh orang adik beradik.
Jelas beliau dua orang adik Mohd Azmil yang menetap di Amerika Syarikat dan Kaherah kini dalam perjalanan pulang untuk melawat abang sulung mereka.
Mohd Azmil yang popular menerusi lakonan beliau dalam filem pecah panggung Mekanik dan Ali Setan merupakan bapa tunggal kepada lima orang anak berusia 15 hingga 32 tahun.
Beliau turut mempunyai tiga cucu berusia lima hingga setahun.
Bernama
Fri Jan 15 2016

Mohd Aziph berkata Mohd Azmil, 62, yang menjalani pembedahan pintasan jantung pada 2010 di Syria sering menjalani pemeriksaan berkala di Hospital Putrajaya.

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

Selamat tinggal, Taufik...
Betapa besarnya kehilangan seorang pelakon ikonik era 80-an, Azmil Mustapha buat gandingan emasnya, Fauziah Ahmad Daud.

#AliSetan30Tahun: Lagi saya nak lupakan, lagi orang ingatkan, kata Sheila Majid
Segalanya istimewa dan lucu apabila mengimbas semula pengalaman penglibatan Datuk Sheila Majid dalam filem Ali Setan pada 30 tahun dahulu.