Pelakon Aeril Zafrel positif COVID-19

Astro Awani
Januari 21, 2021 14:18 MYT
Menurut Aeril, keputusan itu diperoleh pada Rabu malam selepas dia menjalani ujian saringan di sebuah klinik swasta bersama pembantu peribadinya. - Gambar Instagram AERIL ZAFRIL
KUALA LUMPUR: Pelakon dan usahawan terkenal, Aeril Zafrel berkongsi berita yang dirinya disahkan positif COVID-19.
Menurut aktor tampan itu, keputusan itu diperoleh pada Rabu malam selepas dia menjalani ujian saringan di sebuah klinik swasta.
Kata Aeril dalam hantaran di akaun Instagram peribadinya itu, dia menjalani ujian berkenaan dengan pembantu peribadi yang juga pengurusnya.
Aeril berkata, pada Isnin lalu dia telah berkunjung ke rumah pembantunya itu untuk menziarahinya yang kurang sihat sejak beberapa hari.
Sehari selepas itu, pelakon filem 7 Petala Cinta dan pengurusnya itu membuat keputusan untuk membuat ujian saringan sehinggalah dimaklumkan positif.
Kata Aeril, buat masa sekarang dia menjalani kuarantin kendiri di bilik atas kediamannya.
Sehubungan itu, isteri Aeril iaitu Wawa Zainal dan tiga orang cahaya mata pasangan berkenaan juga telah menjalani ujian RTK dengan keputusan negatif.
Bagaimanapun, keluarganya itu masih menanti keputusan ujian PCR pulak
Aeril juga memohon peminat dan lima juta pengikutnya untuk mendoakan kesejahteraan isteri dan anak-anaknya.
#Aeril Zafril #positif COVID-19 #pelakon #7 Petala Cinta #Wawa Zainal #ujian saringan #COVID-19
;