Pelajar Korea Selatan dilarang dengar lagu APT Bruno Mars, Rose Blackpink

Gempak
Oktober 30, 2024 13:10 MYT
Hanya dalam tempoh satu minggu dipasarkan, video klip lagu tersebut telah ditonton lebih 187 juta kali di YouTube. - Gambar/ Gempak
LAGU APT nyanyian Bruno Mars dan Rose Blackpink memang sedang ‘mendunia’ saat ini.
Hanya dalam tempoh satu minggu dipasarkan, video klip lagu tersebut telah ditonton lebih 187 juta kali di YouTube.
Meski APT cukup digemari pendengar, tercetus beberapa polemik terkait lagu tersebut antaranya ada yang berpendapat lirik dan pengaruh yang cuba disampaikan disifatkan memberi kesan negatif kepada pendengar.
KKM nafi kecam lagu nyanyian Rose BlackPink, Bruno Mars
Terkini, APT yang merupakan singkatan daripada perkataan Apartment dilaporkan masuk dalam daftar lagu yang dilarang dengar oleh pelajar di Korea Selatan.
Hal ini lantaran APT disifatkan sebagai lagu yang terlalu menarik untuk didengar sekali gus dapat menganggu saat pelajar belajar.
Melodi dan konsep lagu APT yang ceria sehingga menjadi viral didakwa membuat para pelajar kehilangan fokus saat mendengarnya.
“APT telah dicap sebagai salah satu lagu yang sukar dilupakan. Para pelajar dan penggemar tidak boleh mengelak mendengar lagu tersebut kerana berasa ia mempunyai tarikan yang sangat melampau sehingga seperti ketagih (mendengar),” ujar kenyataan dikeluarkan Koreaboo.
Selain APT terdapat beberapa lagu lain yang juga dilarang dengar oleh pelajar terutama maha siswa termasuk Next Level milik Aespa, Zimzalabim milik Red Velvet, dan Ring Ding Dong milik SHINee. - Gempak
#Rose Blackpink #Bruno Mars #APT #larangan #terkini
;