Pekin Ibrahim dan Mona Allen sudah bernikah?

Gempak
Disember 7, 2018 17:16 MYT
Jika benar Pekin dan Mona sudah bernikah, jutaan tahniah diucapkan. Semoga ikatan yang dibina kekal hingga hujung nyawa!
HUBUNGAN rapat antara pelakon filem Mat Moto, Pekin Ibrahim bersama aktres drama bersiri Monalisa, Mona Allen bukan lagi rahsia.
Namun begitu, mereka tidak pernah mendedahkan sebarang tarikh atau memberi bayangan mereka bakal bersatu sebagai pasangan suami isteri.
Sebentar tadi, Gempak mendapat kiriman beberapa keping foto dari peminat yang dikhabarkan menghadiri majlis pernikahan Pekin dan Mona.
Pertama, terdapat sekeping foto menunjukkan Pekin dan Mona yang memakai pakaian pengantin serba putih sedang duduk di meja makan beradab.
Foto kedua memaparkan papan tanda majlis pernikahan yang tertera nama Pekin dan Mona.
Selain itu, Gempak juga mendapat dua keping foto yang difahamkan diambil dari majlis berinai Mona.
Anggun mengenakan baju kurung cotton bunga merah, Mona mengenakan inai berwarna putih.
Hasil tinjauan di laman sosial Instagram, Gempak berjaya mengumpulkan beberapa keping foto yang menguatkan lagi khabar Pekin dan Mona sudah bernikah.
Jurusolek terkenal, Nad Ismail turut memuat naik foto Mona yang menyarungkan busana pengantin di laman Instagram miliknya.
Pelukis inai popular, Anna Bakry juga berkongsi foto tangan Mona yang mengenakan inai berwarna putih.
Akaun Instagram milik perunding perkahwinan WeddingsbyEmma juga berkongsi foto Mona sekitar majlis berinai.
Entri terbaru yang dimuat naik oleh Mona di laman Instagram juga seakan memberikan gambaran pelakon itu bakal memulakan perjalanan baru.
"Somewhere over the rainbow, skies are blue and the dream that you dare to dream really do come true #newbegginings #love," tulis Mona.
Jika benar Pekin dan Mona sudah bernikah, jutaan tahniah Gempak ucapkan. Semoga ikatan yang dibina kekal hingga hujung nyawa!
#Instagram #laman sosial #perkahwinan
;