Pekak dan bisu, penyanyi rap MC Baba jadi tarikan jutaan peminat

Agensi
Jun 15, 2024 14:20 MYT
Keunikan dimiliki MC Baba yang menyampaikan mesej lagu melalui bunyi, isyarat muka dan aksi tangan yang bertenaga - nyata telah memikat hati jutaan ramai pencinta muzik - Foto MC BABA officiel
WALAUPUN pekak dan bisu, kekurangan itu tidak menghalang bakat seorang artis dari Republik Demokratik Congo, MC Baba untuk bergelar penyanyi rap pertama dari republik itu.
Malah, keunikan yang dimiliki MC Baba yang menyampaikan mesej lagu melalui bunyi, isyarat muka dan aksi tangan yang bertenaga - nyata telah memikat hati jutaan ramai pencinta muzik.
Nama penyanyi itu kini menjadi buah mulut ramai pengguna media sosial selepas video memaparkan kemampuannya rap tular di media sosial, baru-baru ini.
Memetik beberapa laporan media antarabangsa, MC Baba yang juga dikenali sebagai "rapper bisu" mendapat perhatian ramai sejak Mei lalu melalui lagu Oko Lela Epa Ya Nani.
Artis berbakat besar itu dilapor memulakan kerjaya pada 2021 dengan menyertai pertandingan rap gaya bebas tempatan di Afrika.
Setakat ini, nama sebenarnya belum didedahkan, namun pengguna media sosial menggelarnya sebagai Greatest Rapper Alive.
MC Baba turut popular dengan single bertajuk Biso Love.
#MC Baba #penyanyi rap bisu dan pekak Congo #pertandingan rap gaya bebas #Greatest Rapper Alive
;