Peguam dilantik mahkamah wakili Britney Spears tarik diri
Agensi
Julai 8, 2021 11:44 MYT
Julai 8, 2021 11:44 MYT
LOS ANGELES: Peguam penyanyi pop popular, Britney Spears yang dilantik mahkamah telah mengajukan dokumen untuk mengundurkan diri dari mengendalikan kes tersebut.
Memetik laporan Associated Press, penyerahan dokumen pada Selasa itu adalah gerakan terbaharu selepas penyanyi tersebut mendedahkan hidup dalam tekanan.
Sameul Ingham III memfailkan dokumen tersebut di Mahkamah Tinggi Los Angeles yang meminta agar pengadilan melantik penguam baharu buat Spears.
Dia turut menyatakan pengunduran dirinya akan berkuat kuasa selepas pelantikan baharu dilakukan.
Dalam perbahasannya di mahkamah pada 23 Jun lalu, Spears mengkritik Ingham, dan mengatakan dia berharap mahkamah membenarkan dia menggaji peguam pilihannya.
Spears juga meminta Hakim Brenda Penny untuk mengakhiri pengendalian beliau.
Minggu lalu, Bessemer Trust, syarikat pengurusan harta tanah yang diminta Spears untuk menggantikan bapanya sebagai penyelamat kewangannya, memfailkan dokumennya sendiri yang menarik diri daripada kes itu.
Fail itu mengatakan bahawa keadaan telah berubah setelah komen Spears di mahkamah pada 23 Jun.
Minggu lalu, Spears membuat pendedahan bahawa beliau ingin kehidupan seperti biasa dan bukan menjadi 'hamba' kepada sesiapa.
Bapa Britney, Jamie Spears sebelum ini mula memikul peranan tersebut selepas menerima arahan mahkamah pada 2008 susulan Britney didakwa mengalami masalah kesihatan mental.
Hak itu sudah berlarutan selama 13 tahun dan nyata ibu kepada dua anak ini tidak mahu hal berkenaan terus menjejaskan kehidupannya.
Dengan ‘hak’ yang diberi kepada bapanya, Jamie bertanggungjawab menguruskan segala urusan berkaitan perubatan, kewangan dan semua urusan peribadi bintang itu.
Tahun lalu, Britney gagal dalam cubaannya untuk ‘menyingkirkan’ bapanya daripada mengawal kehidupan dan hal-hal peribadinya selepas Mahkamah Los Angeles memutuskan perkara itu akan terus berkuat kuasa sehingga tahun ini.