Pecah rekod lagi! BTS raih lebih 100 juta tontonan dalam masa 24 jam
Asyraf Roslan
Ogos 22, 2020 16:26 MYT
Ogos 22, 2020 16:26 MYT
KUMPULAN Korea sensasi, BTS berjaya mencipta sejarah apabila mendapat jumlah tontonan sebanyak 100 juta dalam masa satu hari melalui lagu Dynamite.
BTS juga berjaya memintas rekod yang dipegang oleh Blackpink menerusi lagu How You Like That yang berjaya mencapai 86.3 juta tontonan dalam tempoh 24 jam.
Lagu single bahasa Inggeris pertama bintang-bintang K-Pop tersebut merupakan antara lagu yang paling dinanti-nantikan para peminat K-Pop khususnya ARMY.
Terdahulu, video muzik terbaharu septet tersebut telah berjaya meraih 10 juta tontonan hanya dalam masa 21 minit.
Sebelum ini, BTS juga memegang rekod video muzik kumpulan Korea terpantas mencapai 10 juta tontonan, dengan “ON” yang meraih jumlah tontonan tersebut dalam 65 minit.