Paul Mc Cartney dan Ringo Starr bergabung di pentas Anugerah Grammy

Astro Awani
Januari 27, 2014 12:41 MYT
Paul McCartney (kanan) dan Ringo Starr - Foto AP
Dua anggota kumpulan lagenda The Beatles, pemain bass, Sir Paul McCartney dan pemain dram, Ringo Starr bersatu atas pentas Anugerah Grammy ke 56 hari ini yang berlangsung di Los Angeles.
Sebaik Julia Roberts mengumumkan "Sir Paul McCartney ... dengan sedikit bantuan daripada sahabatnya, Ringo Starr!", Anugerah Grammy terus riuh dan keduanya mempersembahkan “Queenie Eye”.
Sebelum itu, Starr muncul tampil di pentas dan mempersembahkan lagu yang popular pada 1973, "Photograph". Lagu tersebut satu-satunya lagu yang dicipta oleh Starr dan George Harrison, pemain gitar utama The Beatles.
McCartney telah memenangi 16 anugerah Grammys, 10 dengan Beatles (termasuk Artist Baru Terbaik pada tahun 1965 dan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pada tahun ini, yang dikongsinya dengan Starr ), empat anugerah dimenangi atas penampilan solo dan dua dengan Wings.
Kedua-duanya akan menyambut ulang tahun ke-50 Beatles dan mereka dijadualkan muncul di CBS pada 9 Februari dengan rancangan perhargaan terhadap The Beatles yang diberi tajuk "The Night That Changed America: A Grammy Salute to the Beatles".
Rakaman itu juga dibuat sempena memperingati kemunculan pertama The Beatles 50 tahun lalu menerusi rancangan "The Ed Sullivan Show".
Penampilan pertama The Beatles menerusi "Ed Sullivan Show" adalah salah satu rancangan televisyen paling ditonton, dengan 74 juta orang menonton untuk menyaksikan kumpulan tersebut mempersembahkan lima lagu.
Ia dianggap oleh ramai ahli sejarah dan pengkritik sebagai salah satu daripada detik paling penting dalam muzik dan televisyen.
#Grammy #Paul McCartney #Ringo Starr #The Beatles
;