Pasha 'Ungu' tinggalkan dunia nyanyian untuk jadi wakil rakyat

Fuad Misbah
Mei 24, 2014 11:31 MYT
Pasha ada vokalis dari band muzik 'Ungu' dari Indonesia yang terdiri daripada Enda, Oncy, Makki dan Rowman.
Vokalis kumpulan Ungu, Pasha berkata dia bersedia untuk meninggalkan dunia hiburan dan terjun ke dunia politik.
Sigit Purnomo Said atau lebih popular dengan nama timangan Pasha ini mengaku siap bersedia untuk menjadi wakil rakyat di Pilihan Raya Datuk Bandar (wali kota) 2015-2020 mendatang.
Hasrat ini telah disampaikan oleh dia kepada portal berita Tempo ketika ditemui di Kota Palu, Sulawesi Tengah, Indonesia.
Ketika pertemuan ini juga, Pasha 'Ungu' mengaku telah mendapat sokongan dari belia dan sejumlah parti-parti politik setempat.
Namun, dia tidak mennyebutkan dengan jelas parti-parti politik yang telah memberikannya 'lampu hijau' untuk mencalonkan diri sebagai wakil rakyat di Palu.
"Cuma sekadar perbincangan biasa," kata Pasha.
Tambah Pasha yang juga merupakan anak jati Palu, Sulawesi Tengah itu, sudah tiba masanya untuk Kota Palu dipimpin oleh orang yang lebih muda agar kota itu berkembang lebih maju dan menjadi salah satu kota yang terkenal di Indonesia.
Dia juga mengaku telah bersedia berkhidmat untuk masyarakat kota Palu.
"Mari kita hilangkan kepentingan peribadi. Kita bangunkan kota Palu bersama-sama," kata vokalis band -'Ungu' yang popular dengan lagu Demi Waktu dan Kekasih Gelapku.
#Indonesia #pasha #politik #ungu
;