Pasangan selebriti Awal Ashaari, Scha Alyahya buka Instagram untuk puteri kedua
Astro Awani
Mac 14, 2021 12:24 MYT
Mac 14, 2021 12:24 MYT
KUALA LUMPUR : Pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya kini sudah membuka akaun Instragram untuk cahaya mata kedua mereka, Lyla Amina Ahmad.
Mahupun begitu, akaun yang hanya mempunyai tiga pengikut itu diletakkan dalam mod privasi.
Barangkali Instagram itu adalah untuk digunakan sebagai diari anaknya dan bukan untuk dikongsikan dengan peminat.
Dalam keterangan ruang biografi turut dimuatkan, 'This account is moderated by my parents @awalashaari & @schaalyahya.'
Berdasarkan keterangan pada gambar profil (DP) yang menunjukkan Today 1, gambar itu dpercayai dirakam pada hari pertama kelahiran puteri itu.
Selain itu, turut dimunatnaik 25 keping gambar yang hanya boleh ditonton oleh pengikut akaun tersebut.
Turut diletakkan cara yang betul untuk menyebut nama Lyla iaitu Lee-La dalam profil itu.
Pasangan yang berkahwin pada 4 Mei 2012 menerima kehadiran cahaya mata kedua pada sekitar pukul 9.15 pagi ini, 12 Februari lalu.
Bayi perempuan seberat 3.2 kilogram itu dilahirkan di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara menerusi pembedahan.
Pasangan itu sebelum ini dikurniakan anak perempuan, Lara Alana yang kini berusia enam tahun.