Parkir kenderaan di tempat yang salah, ini makan dia!

Gempak
Jun 8, 2017 06:58 MYT
Kejadian berlaku di kawasan parkir berhampiran Hospital Likas, Sabah menyaksikan sebuah kenderaan MPV telah diconteng dengan pen marker.
SEORANG pemilik kenderaan telah diberi pengajaran oleh orang ramai apabila meletakkan kenderaan di tempat yang salah.
Kejadian berlaku di kawasan parkir berhampiran Hospital Likas, Sabah menyaksikan sebuah kenderaan MPV telah diconteng dengan pen marker.
Berikutan itu, pengguna laman sosial Facebook (FB) bersetuju dengan tindakan orang ramai menconteng kenderaan tersebut sebagai amaran dan pengajaran kepada pemandu yang dianggap mementingkan diri sendiri itu.
Namun, ada juga yang berpendapat cara untuk mengajar pemandu tersebut dengan menconteng keretanya, sebagai keterlaluan.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra, pihak berkuasa masih belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian tersebut.
“Setakat jam enam petang, kami masih belum menerima sebarang laporan daripada pemilik kenderaan tersebut.
“Kami juga memandang serius terhadap perkara sebegini dan berharap agar ianya tidak berlaku lagi,” jelasnya.
Kredit : FB Sabah Viral
Olahan : Izzat Ridzwan
#Conteng #Facebook #Hospital #Kota Kinabalu #laman sosial #polis #salah parking