UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

Paras oksigen pernah turun 55 peratus hanya kerana... - Fazli Zainal fikir tiada harapan hidup

Selepas dua hari dibenarkan keluar dari hospital akibat jangkitan COVID-19, penyanyi Fazli Zainal mendedahkan pengalaman berada di wad.

Gempak
Tue Aug 31 2021
Paras oksigen pernah turun 55 peratus hanya kerana... -  Fazli Zainal fikir tiada harapan hidup
Fazli berkata, sepanjang 29 hari dirawat di hospital dia tidak mandi kerana paras oksigennya pernah turun mendadak ketika berada di dalam tandas. - Gambar fail
SELEPAS dua hari dibenarkan keluar dari hospital akibat jangkitan COVID-19, penyanyi Fazli Zainal mendedahkan pengalaman berada di wad.

Fazli pada sesi sidang media pelancaran single terbaru berjudul Mantan Yang Terluka secara virtual petang semalam (Isnin), sempat menceritakan detik cemas ketika berada di hospital.

Katanya, sepanjang 29 hari dirawat di hospital dia tidak mandi kerana paras oksigennya pernah turun mendadak ketika berada di dalam tandas.
 
“Bukan tidak mahu, tetapi tidak boleh. Pernah sekali saya minta kebenaran jururawat untuk mandi dan ketika berada di dalam tandas oksigen saya turun mendadak sehingga 55 peratus.

 
“Mujur saya dipantau jururawat dan doktor setiap masa. Bayangkanlah kalau saya teruskan mandi dalam 15 minit lagi, mungkin saya dah tak ada di dunia ini.
 
“Tapi alhamdulillah, saya masih boleh bersolat. Ketika di wad saya berwuduk guna spray dan solat dalam keadaan baring. Sekarang, saya nak pesan jangan abaikan solat. Tak kisahlah walau lambat pun, bersolatlah," katanya.

BACA: Sedang jalani pemulihan akibat COVID-19, Fazli Zainal ucap terima kasih kepada peminat
 
Selain itu Fazli yang disahkan positif COVID-19 pada 31 Julai lalu berkata, sepanjang berada di wad dia hanya memikirkan tentang mati.
 
"Saya hanya fikir yang mungkin saya dah tak ada harapan untuk hidup. Saya fikirkan tentang seksaan kubur dan saya sangat takut.
 
"Saya fikir perlu maafkan semua orang dan mohon mereka juga sudah maafkan saya kalau sekiranya ada salah dan silap,” katanya.
 
Dalam pada itu Fazli turut berkongsi pengalaman menginsafkan yang dilalui di hospital, antaranya melihat kematian pesakit di katil bersebelahan.
 
"Bayangkan, sekitar 6.00 pagi saya tengok pesakit di sebelah saya masih hidup. Tiba-tiba dalam pukul 9.15 pagi tu ramai jururawat di katil dia dan dia dah tak ada.
 
"Bila-bila masa saja nyawa kita boleh pergi sekarang. Saya rasa terpanggil untuk sebarkan apa saja kebaikan serta terus berdoa COVID-19 ini cepat berakhir," katanya.
 
Fazli yang dirawat di Hospital Ampang selama 29 hari dan dibenarkan keluar Sabtu lalu, mengalami kerosakan paru-paru sebanyak 75 peratus dan memerlukan masa selama tiga hingga enam bulan untuk pulih sepenuhnya.
 
Tambah Fazli, dia kini semakin pulih dan positif apatah lagi selepas doktor memberitahu ramai pesakit sembuh cuma memerlukan masa.
 
“Doktor kata COVID-19 ini perlukan masa antara tiga hingga enam bulan untuk sembuh. Beliau menasihati saya supaya ambil makanan tambahan, senaman dan berjalan untuk pengaliran darah dalam badan.
 
"Saya juga buat latihan pernafasan. Saya kena tiup bola dan buat vokal skill khas melalui cara senaman. Ia macam orang berpantang bersalin," katanya.

#Fazli Zainal#COVID-19#paras oksigen#kematian
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol

Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol

Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.

Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta

Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta

Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).

Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali

Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali

Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya

Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya

Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK

AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK

Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri

Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri

Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel

Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel

Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027

Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027

Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar

KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan

Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan

Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
Derita COVID-19: Fazli Zainal imbas tragedi hitam, akui ralat lewat divaksinasi

Derita COVID-19: Fazli Zainal imbas tragedi hitam, akui ralat lewat divaksinasi

"Saya tak tahu yang kalau saya tak divaksin kesannya seteruk sekarang ini dan itulah perkara yang membuatkan saya ralat sekarang."
Sedang jalani pemulihan akibat COVID-19, Fazli Zainal ucap terima kasih kepada peminat

Sedang jalani pemulihan akibat COVID-19, Fazli Zainal ucap terima kasih kepada peminat

Menerusi Instagramnya, pelantun lagu Harapan itu turut mendoakan kesejahteraan kepada semua peminatnya.
10 sebab tak rugi beli tiket Konsert Mega Gegar Vaganza

10 sebab tak rugi beli tiket Konsert Mega Gegar Vaganza

Konsert pertama Mega Gegar Vaganza yang berlangsung di Istana Budaya berjaya memenuhkan dewan Panggung Sari pada malam Jumaat.
Gegar Vaganza: Ayai Illusi tepati ramalan, bawa pulang RM100,000

Gegar Vaganza: Ayai Illusi tepati ramalan, bawa pulang RM100,000

Penyanyi Ayai Illusi menepati ramalan apabila diumumkan sebagai juara musim pertama Gegar Vaganza.