Pakar sitar Ravi Shankar meninggal dunia

Bernama
Disember 12, 2012 04:48 MYT
MEMORI INDAH: Ravi (kiri) bersama anaknya Anouskha Shankar membuat persembahan di New Delhi pada 2004.
Pemain sitar terkemuka Pandit Ravi Shankar meninggal dunia di San Diego, Amerika Syarikat (AS) petang Selasa pada umur 92.
Beliau merupakan duta tidak rasmi muzik India lebih tiga dekad, sejak persembahan pertamanya di AS dan Eropah pada tahun 1956-1957.
Sejak penglibatan beliau dalam industry muzik, Ravi telah memenangi tiga anugerah Grammy dan diberi penghormatan tertinggi di India - Bharat Ratna - pada tahun 1999.
#meninggal dunia #ravi shankar #sitar