'Pakai alat khas, nafas tak cukup pun saya boleh dengar' - Ramli MS

Gempak
November 5, 2018 12:00 MYT
RAMLI: 'Dia sangat shaky, banyak 'off-pitch' (sumbang). Saya menggunakan alat khas untuk mendengar vokal.' - Foto Astro GEMPAK
JURI tetap Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Datuk Ramli MS menjelaskan terlalu banyak kesalahan dan juga suara yang sumbang merupakan faktor Farawahida tersingkir.
Menurut Datuk Ramli, dia perlu adil ketika proses penjurian dan kesalahan yang dilakukan Farawahida terlalu jelas sehingga menyebabkan markahnya rendah.
“Dia sangat shaky, banyak off-pitch (sumbang). Saya menggunakan alat khas untuk mendengar vokal.
“Saya tidak dengar apa-apa melainkan suara dia. Kalau tarik nafas, nafas tak cukup pun saya boleh dengar.
“Sebab bila menjuri, saya kena adil dan setiap kesalahan yang dilakukan itu saya dengar dengan jelas,” ujarnya.
Konsert suku akhir GV5 menamatkan perjuangan Farawahida dengan kutipan markah 61.5 peratus.
Farawahida telah menyampaikan lagu berjudul Ayat-Ayat Cinta nyanyian asal Datuk Rossa.
Bersiaran selama lapan minggu, GV5 boleh disaksikan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.
Layari laman web www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut mengenai GV5.
#Astro Ria #Farawahida #Gegar Vaganza 5 #konsert #persembahan #Ramli MS #selebriti
;