Pak Nil harap gelaran tidak menjarakkan hubungan dengan peminat

Astro Awani
Februari 16, 2013 00:53 MYT
Datuk Aznil Nawawi tidak mahu gelaran yang diterimanya menjarakkan hubungan dengan masyarakat.
Menyifatkan dirinya masih Aznil yang dulu, dia juga mahu menggunakan pengaruh yang ada untuk mengajak generasi baru turun mengundi.
Aznil berharap gelaran yang baru diterimanya itu tidak merubah hubungan baiknya dengan peminat.
Menjelang pilihan raya yang akan datang juga sebagai selebriti, Aznil ingin menyemaikan kesedaran awam terhadap kepentingan mengundi.
Aznil ditemui pada majlis meraikan media bersama bakat-bakat Astro di bawah pengurusannya.
#Datuk Aznil Nawawi #gelaran #hubungan #peminat