Pak Ngah suka makan mommy masak - Mas Idayu

Sinar Harian
September 26, 2018 12:53 MYT
Mas Idayu. Foto Instagram @masidayu1001
PEMERGIAN komposer dan pejuang irama tradisional terkenal tanah air, Datuk Suhaimi Mohd Zain, atau lebih dikenali Pak Ngah, 60, ditangisi ramai termasuk peminat dan rakan artis.
Penyanyi Mas Idayu, salah seorang rakan artis yang rapat dengan Pak Ngah mengakui turut terkesan dengan pemergian Allahyarham.
Menerusi laman Instagramnya, penyanyi ini meluahkan perasaannya.
“Pak Ngah Suhaimi hari ini telah pergi meninggalkan kami semua. Dia seperti ayah kami, guru kami, senior komposer yang sangat terkenal di mata kami.
“Bersama semua anak-anak DAA ASIA 1, 2 dan 3 sentiasa bersama kami.
“Alfatihah buat ayahanda Pak Ngah Suhaimi. Kami sayang Pak Ngah. Semoga segala urusan dipermudahkan, husnul khotimah tempatnya,” tulisnya.
Tambahnya lagi, Pak Ngah sentiasa dekat di hati dan pasti merindui gelak tawa Allahyarham.
“Pak Ngah sentiasa berada dekat dengan kami. Beliau sentiasa nampak ceria dan bahagia.
“Pak Ngah suka makan mommy masak. Kami akan rindu gelak tawa Pak Ngah, semoga keluarga Pak Ngah semua bertabah hati. Alfatihah buat ayahanda Pak Ngah,” luahnya.
Pak Ngah telah meninggal dunia di Batam, Indonesia sekitar pukul 3.02 petang.
Salam takziah buat keluarga Allahyarham.
#artis #Instagram #Mas Idayu #masakan #meninggal dunia #Pak Ngah #Suhaimi Mohd Zain
;