Paduka Puteri Johor teruja terima Rolls-Royce merah jambu

Shamil Hizamie
Julai 27, 2015 11:28 MYT
Tunku Aminah Maimunah Iskandariah memuat naik gambar kereta Rolls-Royce sedan berwarna merah jambu pemberian Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Instagram.
Paduka Puteri Johor, Tunku Aminah Maimunah Iskandariah semalam memuat naik gambar hadiah pemberian bapanya Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang berupa kereta Rolls-Royce sedan berwarna merah jambu di laman Instagram.
Tunku Aminah yang mesra dipanggil Tunku Inah ternyata terkejut namun gembira dengan pemberian itu. Muat naik itu disertakan kapsyen: ‘an unexpected surprise gift thank you, BABAH’.
Memetik satu portal berita pada Isnin, warna merah jambu merupakan rona kegemaran puteri tunggal Sultan Ibrahim Ismail dan permaisurinya, Tuanku Raja Zarith Sofia.
Difahamkan kereta pertama Tunku Aminah iaitu Perodua Kancil juga berwarna merah jambu.
Tunku Aminah turut dilaporkan akan memilih warna ceria itu bagi mana-mana kereta yang bakal dimiliki pada masa akan datang.
Posting itu dipenuhi ucapan tahniah dari para pengikut akaun Instagram Tunku Aminah.
Sehingga kini gambar tersebut mendapat lebih 11 ribu 'like'.
BACA: Hari keputeraan ke-31, Sultan Johor hadiahkan TMJ jet peribadi
#Johor #kerabat raja #Rolls Royce #Tunku Aminah Maimunah Iskandariah