Padah bocor pengakhiran 'Avengers: Endgame', lelaki teruk dibelasah

Agensi
April 27, 2019 19:18 MYT
Pengarah filem Avengers: Endgame juga telah meminta peminat agar tidak menyebarkan spoiler' filem itu kepada yang belum menontonnya. - Gambar fail
FILEM Avengers: Endgame baru beberapa hari ditayangkan di pawagam seluruh dunia, namun, hati-hati ya, jangan cuba sebarkan spoiler!
Gara-gara 'membocorkan' pengakhiran cerita filem adiwira popular itu, seorang lelaki dibelasah cukup-cukup oleh peminat yang masih belum menonton Avengers: Endgame.
Portal berita Taiwan TVBS melaporkan, kejadian itu berlaku di luar sebuah pawagam di Causeway Bay, Hong Kong.
Sekeping gambar yang tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki didakwa dipukul dan berdarah di kepala kerana perbuatannya membocorkan cerita itu.
Menurut laporan awal, kejadian berlaku apabila lelaki berkenaan yang baru saja keluar dari pawagam selepas menonton filem tersebut sengaja melaungkan pengakhiran filem itu di hadapan orang ramai, yang belum menontonnya.

Man in Hong Kong reportedly beaten up outside cinema for leaking #AvengersEndgame spoilers https://t.co/iUFZo2x2et pic.twitter.com/fCij5m18B1

— AsiaOne (@asiaonecom) April 26, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tindakannya itu telah menimbulkan kemarahan ramai, yang seterusnya mengambil keputusan untuk membelasah lelaki tersebut.
Avengers: Endgame ditayangkan bermula 24 April lalu di 24 negara termasuk Taiwan, China, Hong Kong, Malaysia, Singapore, and Korea Selatan.
Sebelum ini, pengarahnya, adik-beradik Anthony Russo dan Joseph Russo sudahpun mengeluarkan peringatan supaya spoiler filem berkenaan tidak disebarkan demi menghormati orang lain seterusnya dapat memastikan semua orang seronok dan teruja menontonnya.
BACA: Gadis dikejar ke hospital setelah menangis tanpa henti ketika tonton Avengers: Endgame
BACA: Buat Facebook LIVE filem Avengers: Endgame, lapan dihalau keluar pawagam
#China #Hong Kong #Korea #Korea Selatan #Malaysia #Media #media sosial #Singapore #Taiwan
;