P Diddy tukar nama lagi, kini dikenali sebagai Brother Love

Astro Awani
November 7, 2017 16:13 MYT
Sean Combs kini mahu dikenali sebagai Love atau Brother Love. - REUTERS/Lucas Jackson
PENYANYI rap dan penerbit muzik Sean ‘Diddy’ Combs sekali lagi mengumumkan menukar nama.
Dalam satu video dimuat naik di akaun Twitter rasminya, Sean Combs kini mahu dikenali sebagai ‘Love’ atau ‘Brother Love’.
"Saya berkeputusan untuk menukar nama saya sekali lagi. Nama baharu saya ialah Love atau Brother Love," katanya.
Kata penyanyi itu, dia enggan lagi dipanggil sama ada dengan nama Puffy, Diddy, Puff Daddy atau nama-nama lain.
Penyanyi itu turut maklumkan tindakan tukar nama adalah sejajar dengan perubahan dirinya yang bukan lagi individu sama seperti sebelum ini.

I decided to change my name again! My new name is LOVE aka Brother Love. #TakeDat pic.twitter.com/gArAXusygG

— Sean Diddy Combs (@diddy) November 4, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, 'pemilik sebenar' gelaran Brother Love, Bruce Prichard membantah tindakan itu dan meminta Sean Combs mencari nama lain.
Personaliti gusti WWE itu dalam satu tweet yang membalas tweet Combs, mendakwa dialah yang mencipta nama tersebut.
"Cari gimik lain. Saya yang mencipta dan menyempurnakan Brother Love. Saya yang asli dan kamu bukan. Ingat North Carolina," katanya.

Yo. Find a new gimmick. I invented and perfected Brother Love. I am the original and you are not. Remember North Carolina.

— Bruce Prichard (@bruceprichard) November 4, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Brother Love #Bruce Prichard #love #P Diddy #Puff Daddy #Sean Combs #Sean Diddy Combs #Sean Puffy Combs
;