'Oz' terus mendapat sambutan di Amerika Utara

AFP
Mac 18, 2013 03:26 MYT
Filem bajet besar “Oz the Great and Powerful” menjadi filem dengan kutipan tertinggi di Amerika Utara untuk minggu kedua berturut-turut apabila mencatat anggaran pendapatan $42.2 juta (RM131.52 juta).
Filem yang dibintangi oleh James Franco itu berjaya mengutip jumlah keseluruhan sebanyak $145 juta (RM451.89 juta), menurut Exhibitor Relations.
Tempat kedua jatuh kepada filem “The Call” yang mencatat kutipan sebanyak $17.1 juta (RM53.29 juta). Filem yang dibintangi oleh Halle Berry sebagai operator talian kecemasan 911 itu mengisahkan beliau berusaha menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan yang diculik.
Tempat ketiga milik filem komedi "The Incredible Burt Wonderstone," yang dibintangi oleh Steve Carell yang meraih $10.3 juta (RM32.10 juta) dalam minggu pertama tayangannya di pawagam.
Tempat keempat ialah filem “Jack and the Giant Slayer” yang meraih $6.2 juta (RM19.32 juta) pada minggu ketiga manakala tempat kelima ialah “Identity Thief” yang meraih $4.5 juta (RM14.02 juta).
Filem “Snitch” yang dibintangi oleh Dwayne "The Rock" Johnson pula meraih tempat keenam dengan kutipan $3.5 juta (RM10.91 juta).
Sementara itu, filem “21 & Over” di tempat ketujuh dengan mendapatkan kutipan sebanyak $2.6 juta (RM8.10 juta).
Filem "Silver Linings Playbook" di tempat kelapan dengan kutipan $2.6 juta (RM8.10 juta).
“Safe Haven” di tempat kesembilan dengan kutipan sebanyak $2.5 juta (RM7.79 juta) manakala filem "Escape from Planet Earth," meraih $2.3 juta (RM7.17 juta) di tangga kesepuluh.
#James Franco #Oz the Great and Powerful