Orlando Bloom lamar Katy Perry dengan cincin RM20 juta
Nursyazwani Saiful Sham
Februari 16, 2019 13:19 MYT
Februari 16, 2019 13:19 MYT
PELAKON kacak Orlando Bloom akhirnya mengikat tali pertunangan bersama pilihan hatinya yang juga penyanyi popular Katy Perry.
Berita gembira itu dikongsikan pasangan selebriti ini menerusi Instagram masing-masing.
Sumber terdekat kepada Bloom mendedahkan kepada portal Magazine, Bloom melamar Perry dalam situasi yang penuh romantik.
Apa yang lebih romantis, lamaran itu dilakukan ketika sambutan Valentine's Day yang sinonim sebagai sambutan hari kasih sayang.
Perry yang berkongsi foto sebentuk cincin mencuri perhatian netizen apabila ia dilaporkan bernilai sekitar US$5 juta (RM20.42 juta).
Hubungan pasangan kekasih ini dilaporkan sering pasang surut sejak tahun 2016.
Perry pernah mendirikan rumah tangga bersama pelawak Russell Brand dari tahun 2010 hingga 2012.
Bloom pula pernah mendirikan rumah tangga bersama supermodel Miranda Kerr dari 2010 hingga 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata.