'Orang nak kau, tapi tak nak aku' - Ajak ada masalah dengan Shahrol Shiro?
Gempak
September 26, 2018 13:19 MYT
September 26, 2018 13:19 MYT
PENYAMPAI radio dan pelawak Ajak menafikan bahawa dirinya sedang mempunyai masalah dengan seorang rakannya iaitu Shahrol Shiro.
Menerusi entri di Instagram (IG), Ajak mengakui jarang mendapat tawaran bersama dengan Shahrol sehingga menerima pelbagai andaian daripada orang ramai mengenai kumpulan Shiro.
"Tak adalah lama mana kami kenal. Tapi lamalah juga. Cuma yang aku tak faham, kita ni jarang benar dapat job sama.
"Orang nak kau tapi tak nak aku, macam tu jugaklah sebaliknya. Sampai keluarlah cerita aku dengan kau bergaduh. Sampai hari ni aku tertanya, ada ke? Gaduh-gaduh manja tu biasalah.