"Orang lain buang kad bisnes saya, tetapi Tuanku...' - Jejaka ini dijemput datang ke istana
Gempak
November 10, 2019 13:10 MYT
November 10, 2019 13:10 MYT
BEBERAPA hari lalu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menunjukkan keprihatinnya terhadap mangsa kemalangan di dua lokasi berbeza di Putrajaya apabila Seri Paduka Baginda sanggup turun dari kenderaan rasminya bagi memeriksa keadaan mereka.
Dalam satu video yang dikongsikan di dalam Instagram Istana Negara, Seri Paduka Baginda dilihat melangkah penghadang besi pembahagi jalan untuk ke laluan bertentangan bagi bertanya khabar mangsa kemalangan, sambil diiringi pegawai istana dan pegawai pengiringnya.
Tidak habis di situ, semalam salah seorang mangsa kemalangan tersebut yang dikenali sebagai Hafiz Azizan berkongsi pengalamannya ketika Seri Paduka Baginda mencemar duli.
Menurut Hafiz, dia terharu dengan sikap Seri Paduka Baginda yang berjiwa rakyat dan prihatin terhadap dia dan mangsa kemalangan ketika itu.
Paling mengujakan, Seri Paduka Baginda sudi menerima kad perniagaan miliknya dan menghubunginya kembali untuk menjempuntnya datang ke Istana.
“Merafak sembah dan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Tuanku kerana berkenan mencemar duli bertanya keaadan isteri saya selepas kemalangan pagi tadi.
“Sesungguhnya Tuanku benar-benar berjiwa rakyat dan Patik tiada lain selain rasa penuh hormat dan bangga mempunyai pemimpin seperti Tuanku. Semoga Tuanku sentiasa dibawah rahmat Allah. Daulat Tuanku.
“Setinggi terima kasih juga kepada Tuanku membenarkan kami berdua bergambar bersama Tuanku dan peluang untuk saya beri bisnes kad saya.. Tuanku ambil pulak tu (siap contact saya balik invite datang istana). Orang lain buang je bisnes kad saya. Tuanku memang terbaik,” tulisnya.
Hafiz berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut dia memuat naik fotonya bersama Seri Paduka Baginda di tempat kejadian.
Sementara itu, Hafiz turut meminta maaf apabila ada yang menegur caranya bersalaman dengan Seri Paduka Baginda yang dianggap tidak mengikut protokol yang betul.
“Kepada netizen yang menegur cara saya bersalam dengan Tuanku, terima kasih atas teguran anda, I humbly accept it. (video tu masa Tuanku nak balik dah, masa sampai saya salam dulu tau). Dalam kelam kabut dan keterujaan saya blur.. Cut me some slack ya semua.
“Insya-Allah next time jumpa Tuanku saya dah tau mcm mane nak react (saya dah belajar protokol dengan @hammamiyusoff).
“All in all it is such a great experience. A blessing in disguise. Alhamdulillah juga wife saya tiada kecederaan. Salam Maulidur Rasul,” jelasnya lagi.