Oh My English! ke Amerika Syarikat

Muzaffar Mustapa
November 28, 2013 02:13 MYT
Program popular yang menjadi fenomena kini, Oh My English! terbang ke Amerika Syarikat.
Sejurus selesai tayangan telefilem Oh My Ganu! yang disiarkan di saluran TVIQ dan Maya HD malam tadi, produksi Oh My English! mengumumkan kejutan akan menerbitkan sebuah lagi telefilem.
Mula disiarkan pada tahun 2009, sehingga kini produk Oh My English telah ditonton oleh 5 juta penonton di pelbagai platform, memiliki lebih 500,000 pengikut di Facebook dan mencapai tontonan lebih 11 juta tontonan di YouTube, terbaru, telefilem produksi fenomena itu menjalani penggambaran di Amerika Syarikat.

SURPRISE! Oh My English is going to America! RT if you’re excited about this! #OhMyEnglish #America @usembassykl pic.twitter.com/xBd4GL5XPs

— Oh My English! (@Oh_My_English) November 27, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Penerbit Eksekutif Oh My English!, Lina Tan mengesahkan perkara tersebut sewaktu dihubungi Astro AWANI sebentar tadi.
Kejutan tersebut turut disahkan oleh Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur menerusi akaun Twitter rasmi @usembassykl.

We're excited to be part of #OhMyEnglish #America. Where do you think they should visit? @Oh_My_English pic.twitter.com/ry5MRNGCVX

— U.S. Embassy KL (@usembassykl) November 27, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Antara pelakon yang membintangi telefilem tersebut termasuk pelakon Aaron Aziz, Izara Aishah, Tiz Zaqyah, Zain Saidin dan beberapa pelakon utama lain.
Turut dikatakan akan membuat penampilan khas ialah Hannah Foster, pelajar pertukaran budaya dari Amerika Syarikat yang kini berada di Malaysia. Hannah popular di sini menerusi akaun Twitter @nasigorengusa.
Menurut Lina, penggambaran telah pun dibuat pada awal November lalu.

Di penghujung #OhMyGanu - kami ada kejutan untuk anda semua! RT kalau nak tahu apa dia! #OhMyEnglish #Surprise

— Oh My English! (@Oh_My_English) November 27, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Oh My English! menjadi perkara paling trending malam tadi sewaktu tayangan telefilem Oh My Ganu! yang turut dibintangi Tiz Zaqyah, Zain Saidin serta bintang undangan Zizan Razak.
Berlatar keindahan negeri Terengganu, Cikgu Ayu (Tiz Zaqyah) pulang ke kampungnya setelah menamatkan perkhidmatannya sebagai guru di Sekolah Ayer Dalam. Kepulangan Cikgu Ayu menyedihkan para pelajarnya termasuk Cikgu Henry Middleton (Zain Saidin).
Di kampung Cikgu Ayu, dia menjadi perhatian seorang jutawan keropok lekor, Zizang (Zizan Razak). Berlaku perebutan antara Henry dan Zizan bagi menawan hati Cikgu Ayu.
Sokongan penonton yang menyaksikan telefilem tersebut menjadikan #OhMyGanu dan #OhMyEnglish perkara trending nombor satu di Malaysia malam tadi.

Every Malaysian should be encouraged to watch #OhMyGanu #OhMyEnglish

— Manggamind (@IamLoshala) November 27, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@Oh_My_English such an honour to be a part of the #OhMyEnglish team :) Thank you ! Great feedback !

— Tiz Zaqyah Razak (@iamTizZaqyah) November 27, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

"@khaleedaa_: Left-turn, right-turn, U-turn atau Middle-turn . Hahaha Zing zang #OhMyGanu #OhMyEnglish"

— mohd yuziman yasin (@_yuziman_) November 27, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@Remy_Aaronz98 Betul memang ada telemovie di Amerika Syarikat! Salah seorang pelakonnya ialah @AaronDwiAziz

— Oh My English! (@Oh_My_English) November 27, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

I met with the producers to talk about American life and I'm so excited to see the final product! So difficult to keep this a secret!

— Hannah Foster (@nasigorengusa) November 27, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Oh My English in America is probably one of the most exciting things

— Hannah Foster (@nasigorengusa) November 27, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@Oh_My_English @usembassykl ah,that explains the I <3 New York shirt I saw at the end!Looking forward to it! :)

— Ira Alif Syabil (@liverpool_98) November 27, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

'Where you at, where you at #Zizang!' RT if you liked the ending of #OhMyGanu! #OhMyEnglish

— Oh My English! (@Oh_My_English) November 27, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Oh My Ganu! bakal diulang tayang pada Ahad ini pada pukul 6 petang di saluran TVIQ dan Maya HD. Layari laman YouTube Oh My English! dan Facebook OME! untuk klip video eksklusif program tersebut.
Sementara itu, satu aplikasi permainan Oh My English turut dihasilkan untuk pengguna iOS dan pengguna Android dan boleh dimuat turun sekarang.
#Aaron Aziz #Oh My English! #Oh My Ganu! #Tiz Zaqyah #Zain Saidin