Nyanyian kedua Zamani berintelek - Ramli MS
Madiha Abdullah
November 12, 2018 08:05 MYT
November 12, 2018 08:05 MYT
Ketua juri Gegar Vaganza, Datuk Ramli MS, mengakui persembahan Zamani menerusi lagu Di Matamu pada konsert separuh akhir Gegar Vaganza 5 merupakan persembahan dengan markah tertinggi yang pernah diberikannya kepada peserta sepanjang sejarah program itu berlangsung.
Dalam satu temubual live session bersama Facebook Harian Metro, Ramli berkata, intelektual Zamani sebagai penyanyi terserlah menerusi lagu itu yang melayakkan dia menerima markah tinggi.
"Saya tidak pernah beri markah setinggi yang saya beri kepada Zamani menerusi persembahan lagu Di Matamu, sepanjang lima musim program Gegar Vaganza.
"Lagi itu lagu baru, tapi dia berjaya sampaikan dengan cara dia sendiri, seolah-olah itu lagu dia. Itu menunjukkan intelektual dalam nyanyiannya," kata Ramli.
Final Gegar Vaganza Ahad depan menyaksikan persaingan antara Zamani, Noryn Aziz, Amelina, Billy Zulkarnain, Maya dan Dia Fadila.
#Di Matamu
#Facebook
#final
#Gegar Vaganza 5
#GV5
#intelek
#konsert
#Lagu
#markah tertinggi
#persembahan
#Ramli MS
#Zamani